Bila saya cakap ini adalah mimpi . . .
Yess . Ini memang satu mimpi . Tapi mimpi nya bukan mimpi biasa . Mimpinya start apabila seorang gadis berpakaian baju kurung kuning keemasan begitu ayu berjalan ke arah jejaka yang dicintainya . Begitu segak lelaki ini memakai baju melayu putih suci dengan senyuman yang begitu tersirat apabila bertentang mata dengannya terasa begitu tenang . Namun sayangnya jejaka itu semakin jauh dari gadis itu dan mula pergi pergi dari gadis itu . Gadis itu berlari , berlari mencari jejaka tersebut dan tiba tiba air matanya jatuh ;( Tidak disangka jejaka itu sedang memeluk seorang gadis yang memakai baju kurung pink kepink-an . Gadis itu lari lari dan lari mencari tempat untuk menenangkan diri dan akhirnya seorang jejaka bertubuh sasa memeluknya dari belakang . Begitu sayu hatinya , apabila dia melihat muka jejaka itu . PAAAPPPP ! Terkiss :) Duppdappdupdapp hati si gadis itu . Di dalam minda gadis itu hanyalah berfikir kepada satu , '' Alangkahnya jejaka ini jejaka yang dicintainya , Pasti dia akan terus ingin dipeluknya . '' Namun jejaka tadi adalah jejaka yang pernah menyakitkan hatinya dulu . Yang pernah memainkan perasaannya . Dan yang paling memeningkan fikiran gadis itu adalah , '' MENGAPA dia muncul lagi setelah dia mempermainkan aqu dahulu ? MENGAPA ? '' Jejaka ini pernah berjanji akan menyarungkan cincin kepada gadis itu apabila jejaka itu sudah bersedia dan pada malam itu dia akan mengotakan janjinya namun malangnya gadis itu sudah tawar hati dengan jejaka itu . Dia hanya mencintakan jejaka yang selalu membuat dia tersenyum . Tapi gadis itu tersenyum dan berkata , '' Bukankan anda mudah jatuh hati pada wanita ? Bukankan anda suka main dengan perasaan wanita ? Bagaimanakah anda boleh bersedia untuk menyarungkan cincin kepadaku ? '' Dengan mudah jejaka itu menjawab , '' Baru saya sedar , Setelah ramai wanita yang patah hati kerana saya namun awak adalah wanita yang pertama saya sakitkan hati dan ingin mendapatkan awak kembali . Bukan senang untuk saya mencintai seorang wantita '' Gadis itu hanya mampu terdiam . Kata katanya begitu mendalam tapi apalah nasib badan , Gadis itu tidak lagi menyukai jejaka itu . Tiba tiba jejaka yang dinantinya datang dan menolak jejaka tersebut . Dia memegang tangan gadis itu dan menjerit , '' Hanya cincin berukir namaku yang akan disarung di jari manis gadis ini '' Gadis itu mengukir senyuman :)
HAHAHAHAHA . .
Adakah anda mahu membaca episod seterusnya ?
Adakah anda ingin tahu siapakah baju kurung pink itu ?
Maafkan saya . Cerita ini akan ku cerita setelah follower aqu mencecah 50 :) Hanya 50 ku pinta .
Sekian ;)






No comments:
Post a Comment